Apa itu Geomatik?

Hello semua, untuk hari ini saya akan menceritakan apa itu Geomatik.

Untuk pengenalan, Saya dah baru habis semester 3 untuk Diploma Geomatik di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Dengan musim PKP lagi disebabkan oleh COVID-19, aduhai tak ada “Final Exam” pulak. Harap lepaslah Semester 3 ni.

Ok, sambung cerita tadi balik. Mesti pelik kan dengan perkataan Geomatik (Geomatics) ni. Benda apa ni? Selalu ramai orang tanya kat saya apa benda tu. Saya pun cakaplah Ukur Tanah. Baru orang faham.

Ini petikan apakah itu Geomatik. Dalam Bahasa Inggeris tau. Maksud ini dipetik dari “Basic of Geomatics By Mario A. Gomarasca”.

Geomatics is defined as a systemic, multidisciplinary, integrated approach to selecting the instruments and the appropriate techniques for collecting, storing, integrating, modelling, analysing, retrieving at will, transforming, displaying and distributing spatially georefer- enced data from different sources with well-defined accuracy characteristics, continuity and in a digital format.”

Kiranya geomatik ni adalah kita mengukur tanah dengan mengunakan pelbagai alat untuk mendapat data yang tepat untuk diproses menjadi pelan atau peta yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti pembinaan, pemgambilan tanah dan pembangunan tanah.

Ini adalah alat dipanggil Total Station. Ini masa mengambil Detail Survey untuk subjek Ukur Kejuruteraan.

Dulunya, Bidang Geomatik ini dipanggil sebagai Ukur Tanah (Land Survey). Kalau awak pernah perasan dekat mana-mana yang orang ada guna alat macam teropong dekat tepi jalan tu, itulah Jurukur Tanah. Kiranya, bidang ini ingin melatih kita untuk boleh bekerja sebagai ukur tanah.

Dalam geomatik ni terdapat pelbagai cabang seperti:

  • Ukur Kadaster (Cadastral Survey)
  • Ukur Kejuruteraan (Engineering Survey)
  • Sistem Maklumat Geografi (Georaphical Information System)
  • Kartografi (Cartography)
  • Astonomi Lapangan (Field Astronomy)
  • Ukur Hidrografi (Hydrography Survey)
  • Fotogrametri (Photogrammetry)
  • Geodesi (Geodesy)
Ini masa buat cerapan matahari dalam Subjek Field Astronomy.

Selain itu, kita akan belajar cara mengunakan software CADD seperti AutoCAD, Civil Design and Survey (CDS), Adobe Illustrator dan QGIS/ArcGIS dalam memproses lukisan atau data.

Ada jugak belajar pasal Undang-Undang Tanah dan Perancang bandar (Town Planning). Ini eleftif yang hanya di Politeknik Ungku Omar. Di Politeknik lain mempunyai elektif yang berbeza.

Bidang ni ada ditawarkan peringkat Diploma di Politeknik Seperti:

  • Politeknik Ungku Omar, Ipoh. (Politeknik Premier)
  • Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.
  • Politeknik Kuching, Sarawak.
  • Politeknik Merlimau, Melaka.
  • Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah.

Diploma ini juga ada ditawarkan di Universiti Awam seperti:

  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Untuk IPT Swasta, Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) dan Kolej Sains Geospatial & Teknologi ada jugak menawarkan Diploma Geomatik.

Untuk Ijazah Sarjana Muda pula, Ini adalah Universiti yang ada menawarkan Ijazah dalam Geomatik:

  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM) – Sarjana Muda Sains Ukur dan Geomatik (Kepujian)
  • Kolej Universiti Geomatika – Bachelor of Science (Hons) Geomatic and Land Surveying

Harap ini sedikit sebanyak memberi bayangan kepada pembaca semua bagi sesiapa ingin memohon di UPU nanti. Politeknik ada juga permohonan di UPU bagi First Intake dan politeknik (MYPOLYCC) untuk Second Intake bagi bulan Disember atau Januari setiap tahun.

Ini pulak kerja mencari batu sempadan untuk subjek Ukur kadaster (Cadastral Survey). Yang belah kiri itu Pensyarah kami bernama Encik Omar.

Tips dari saya, baik mohon diploma apa-apa bidang di Politeknik untuk kemasukan bulan Disember atau Januari sebab pada waktu tersebut, tak ramai orang yang mohon. Bagi saya, baik mohon Politeknik sebab murah yuran dia tambah seronok Pensyarah / Lecturer ajar. Dah macam Family pulak.

Sekian, Terima Kasih.

*Edit Tambahan – 19 Mac 2022 (Sabtu)

Bawah ini mengandungi Link Download Hand Book tentang Diploma Geomatik di Politeknik Ungku Omar, Ipoh.

*Edit (Isnin – 12 Jun 2023)

Saya kini bekerja sebagai Pelukis Pelan di Syarikat Juruukur Tanah Berlesen. Sebelum Pelukis Pelan, saya bekerja sebagai Pembantu Jurukur di tapak pembinaan besar.

Anda boleh bertanya apa-apa dengan komen di bawah sini terutamanya Pelajar SPM tahun 2022 yang baru dapat keputusan SPM.