Dapat Tawaran ke UiTM ‘Second Intake’

Hai semua pembaca,

Nampaknya saya dapat tawaran ke UiTM Kampus Bandaraya Melaka dalam Sarjana Muda Perniagaan Kewangan (Kepujian) – (Bachelor of Business in Finance (Hons)

Memang saya nak lari bidang ke Finance (Kewangan) memandang prospek kerja dalam bidang ini nampak lebih luas.

Pada masa akan datang, saya akan ‘update’ bidang berkaitan Finance (Kewangan) dari segi pengalaman belajar, subjek apa yang dipelajari dalam bidang ini, suasana di kampus UiTM Melaka dan etc.

Sekian, Terima Kasih.

MUET Paper Session 2 2023

Ini adalah Contoh Kertas Reading, Writing dan Listening untuk Sesi 2, 2023 sebagai rujukan semua. Hakcipta Terpelihara oleh Majlis Peperiksaan Malaysia

Habis Diploma Selepas 3 Tahun.

Akhirnya, selepas 3 tahun dalam Diploma Geomatik ini. Saya sudah menamatkan pengajian diploma ini. Maaf sebab sudah lama tidak kemaskini Blog ini.

Selepas ini, Saya akan terus melangkah ke Alam Pekerjaan dalam bidang ini untuk menimba pengalaman pada bulan April ini.

Kepada sesiapa yang sudah membaca post tentang “Apa itu Geomatik?” , harap post itu dapat membantu pelajar lepasan SPM atau sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang Geomatik ini.

Sekian, Terima Kasih.

Apa itu Geomatik?

Hello semua, untuk hari ini saya akan menceritakan apa itu Geomatik.

Untuk pengenalan, Saya dah baru habis semester 3 untuk Diploma Geomatik di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Dengan musim PKP lagi disebabkan oleh COVID-19, aduhai tak ada “Final Exam” pulak. Harap lepaslah Semester 3 ni.

Ok, sambung cerita tadi balik. Mesti pelik kan dengan perkataan Geomatik (Geomatics) ni. Benda apa ni? Selalu ramai orang tanya kat saya apa benda tu. Saya pun cakaplah Ukur Tanah. Baru orang faham.

Ini petikan apakah itu Geomatik. Dalam Bahasa Inggeris tau. Maksud ini dipetik dari “Basic of Geomatics By Mario A. Gomarasca”.

Geomatics is defined as a systemic, multidisciplinary, integrated approach to selecting the instruments and the appropriate techniques for collecting, storing, integrating, modelling, analysing, retrieving at will, transforming, displaying and distributing spatially georefer- enced data from different sources with well-defined accuracy characteristics, continuity and in a digital format.”

Kiranya geomatik ni adalah kita mengukur tanah dengan mengunakan pelbagai alat untuk mendapat data yang tepat untuk diproses menjadi pelan atau peta yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti pembinaan, pemgambilan tanah dan pembangunan tanah.

Ini adalah alat dipanggil Total Station. Ini masa mengambil Detail Survey untuk subjek Ukur Kejuruteraan.

Dulunya, Bidang Geomatik ini dipanggil sebagai Ukur Tanah (Land Survey). Kalau awak pernah perasan dekat mana-mana yang orang ada guna alat macam teropong dekat tepi jalan tu, itulah Jurukur Tanah. Kiranya, bidang ini ingin melatih kita untuk boleh bekerja sebagai ukur tanah.

Dalam geomatik ni terdapat pelbagai cabang seperti:

  • Ukur Kadaster (Cadastral Survey)
  • Ukur Kejuruteraan (Engineering Survey)
  • Sistem Maklumat Geografi (Georaphical Information System)
  • Kartografi (Cartography)
  • Astonomi Lapangan (Field Astronomy)
  • Ukur Hidrografi (Hydrography Survey)
  • Fotogrametri (Photogrammetry)
  • Geodesi (Geodesy)
Ini masa buat cerapan matahari dalam Subjek Field Astronomy.

Selain itu, kita akan belajar cara mengunakan software CADD seperti AutoCAD, Civil Design and Survey (CDS), Adobe Illustrator dan QGIS/ArcGIS dalam memproses lukisan atau data.

Ada jugak belajar pasal Undang-Undang Tanah dan Perancang bandar (Town Planning). Ini eleftif yang hanya di Politeknik Ungku Omar. Di Politeknik lain mempunyai elektif yang berbeza.

Bidang ni ada ditawarkan peringkat Diploma di Politeknik Seperti:

  • Politeknik Ungku Omar, Ipoh. (Politeknik Premier)
  • Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.
  • Politeknik Kuching, Sarawak.
  • Politeknik Merlimau, Melaka.
  • Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah.

Diploma ini juga ada ditawarkan di Universiti Awam seperti:

  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Untuk IPT Swasta, Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) dan Kolej Sains Geospatial & Teknologi ada jugak menawarkan Diploma Geomatik.

Untuk Ijazah Sarjana Muda pula, Ini adalah Universiti yang ada menawarkan Ijazah dalam Geomatik:

  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM) – Sarjana Muda Sains Ukur dan Geomatik (Kepujian)
  • Kolej Universiti Geomatika – Bachelor of Science (Hons) Geomatic and Land Surveying

Harap ini sedikit sebanyak memberi bayangan kepada pembaca semua bagi sesiapa ingin memohon di UPU nanti. Politeknik ada juga permohonan di UPU bagi First Intake dan politeknik (MYPOLYCC) untuk Second Intake bagi bulan Disember atau Januari setiap tahun.

Ini pulak kerja mencari batu sempadan untuk subjek Ukur kadaster (Cadastral Survey). Yang belah kiri itu Pensyarah kami bernama Encik Omar.

Tips dari saya, baik mohon diploma apa-apa bidang di Politeknik untuk kemasukan bulan Disember atau Januari sebab pada waktu tersebut, tak ramai orang yang mohon. Bagi saya, baik mohon Politeknik sebab murah yuran dia tambah seronok Pensyarah / Lecturer ajar. Dah macam Family pulak.

Sekian, Terima Kasih.

*Edit Tambahan – 19 Mac 2022 (Sabtu)

Bawah ini mengandungi Link Download Hand Book tentang Diploma Geomatik di Politeknik Ungku Omar, Ipoh.

*Edit (Isnin – 12 Jun 2023)

Saya kini bekerja sebagai Pelukis Pelan di Syarikat Juruukur Tanah Berlesen. Sebelum Pelukis Pelan, saya bekerja sebagai Pembantu Jurukur di tapak pembinaan besar.

Anda boleh bertanya apa-apa dengan komen di bawah sini terutamanya Pelajar SPM tahun 2022 yang baru dapat keputusan SPM.

Finish My Second Semester

Finally, I’m finish my second semester today on 7 November 2019. Subject that I’m taken this semester is quite tough but i managed to get through.

My Third Semester will continue on this December.

For anyone want to know where I’m study. Currently I’m study at Ungku Omar Polytechnic at Ipoh, Perak. It really nice place for learning and studying. I really recommend for anyone who want to pursue study after SPM result.

For future topic, I’m really want to touch about Geomatic course that offered at the Polytechnic.

Stay Tuned.

Pengalaman ke Lembah Bujang, Kedah

Pada 5 Februari 2019, saya sekeluarga pada mulanya merancang untuk pergi ke Perkahwinan Abang Sabri iaitu Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang diadakan di Sungai Petani, Kedah

Mak saya berminat untuk melawat ke Lembah Bujang. Selepas event itu, kita terus melawat ke Lembah Bujang memandangkan ia dekat dari Sungai Petani. Kami sekeluarga bersetuju dgn cadangan mak.

Kami mula perjalanan dari Ipoh pada pukul 10 Pagi dan tiba di Sungai Petani pada pukul 1 petang.

Di Majlis tersebut, kami ada berjumpa dgn Abang Sabri dan ucapkan tahniah kepada beliau. Kami juga ada bergambar sekali dgn Abang Sabri. Tahniah Abang Sabri untuk perkahwinan abang.

Kami sekeluarga bergambar sekali dengan Abang Sabri.

Selepas majlis perkahwinan itu, kami sekeluarga berangkat ke kawsan arkeologi di sekitar area Gunung Jerai. Terdapat banyak tapak arkeologi sampai tak teringat nama sebelum ke Lembah Bujang. Hahaha…

Ni tempat peleburan besi masa Zaman Kedah Tua dahulu. Dia berada di atas kawasan kelapa sawit. Tu sbb kita boleh nampak kesan tebang pokok kelapa sawit tersebut.

Rasanya ni perigi sbb dalam sangat

Selepas melawat tapak ni, kami terus ke Muzium Lembah Bujang.

Kami sekeluarga bergambar di depan Muzium Lembah Bujang. Randy jadi Cameraman.

Kami masuk ke dalam muzium. Kami tak dikenakan sebarang bayaran pun. Cuma kena tulis dalam buku pelawat je. Pelbagai info kami dapat tentang Sejarah Kedah Tua. Banyak artifak-artifak dan bukti sejarah yang dijumpai yang tiada dalam buku teks. Batu Bersurat pun ada dalam bahasa Parsi dan Sanskrit

Selepas melawat, kami ada singgah di gerai membeli cenderahati namun saya dan mak lebih berminat kepada buku ilmiah. Sebanyak 4 buku kami beli dengan harga yang murah.

Selepas itu kami melawat tapak candi yang dibina semula. Letih gila sbb kawasan muzium ni berbukit-bukit.

Selepas itu kami pergi ke Semeling untuk makan satay. Huhuhu…. sedap jugak. Kami balik dan tiba di Ipoh pada waktu malam.

Kesimpulannya, Saya berharap ramai org akan melawat ke Lembah Bujang sbb apa gunanya melawat Candi Borobudur dgn Angkot Wat kalau kita tak melawat tempat sejarah candi di Malaysia ni. Banyak tau kita tak tahu sejarah dalam negara kita.