Apa itu Geomatik?

Hello semua, untuk hari ini saya akan menceritakan apa itu Geomatik.

Untuk pengenalan, Saya dah baru habis semester 3 untuk Diploma Geomatik di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Dengan musim PKP lagi disebabkan oleh COVID-19, aduhai tak ada “Final Exam” pulak. Harap lepaslah Semester 3 ni.

Ok, sambung cerita tadi balik. Mesti pelik kan dengan perkataan Geomatik (Geomatics) ni. Benda apa ni? Selalu ramai orang tanya kat saya apa benda tu. Saya pun cakaplah Ukur Tanah. Baru orang faham.

Ini petikan apakah itu Geomatik. Dalam Bahasa Inggeris tau. Maksud ini dipetik dari “Basic of Geomatics By Mario A. Gomarasca”.

Geomatics is defined as a systemic, multidisciplinary, integrated approach to selecting the instruments and the appropriate techniques for collecting, storing, integrating, modelling, analysing, retrieving at will, transforming, displaying and distributing spatially georefer- enced data from different sources with well-defined accuracy characteristics, continuity and in a digital format.”

Kiranya geomatik ni adalah kita mengukur tanah dengan mengunakan pelbagai alat untuk mendapat data yang tepat untuk diproses menjadi pelan atau peta yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti pembinaan, pemgambilan tanah dan pembangunan tanah.

Ini adalah alat dipanggil Total Station. Ini masa mengambil Detail Survey untuk subjek Ukur Kejuruteraan.

Dulunya, Bidang Geomatik ini dipanggil sebagai Ukur Tanah (Land Survey). Kalau awak pernah perasan dekat mana-mana yang orang ada guna alat macam teropong dekat tepi jalan tu, itulah Jurukur Tanah. Kiranya, bidang ini ingin melatih kita untuk boleh bekerja sebagai ukur tanah.

Dalam geomatik ni terdapat pelbagai cabang seperti:

  • Ukur Kadaster (Cadastral Survey)
  • Ukur Kejuruteraan (Engineering Survey)
  • Sistem Maklumat Geografi (Georaphical Information System)
  • Kartografi (Cartography)
  • Astonomi Lapangan (Field Astronomy)
  • Ukur Hidrografi (Hydrography Survey)
  • Fotogrametri (Photogrammetry)
  • Geodesi (Geodesy)
Ini masa buat cerapan matahari dalam Subjek Field Astronomy.

Selain itu, kita akan belajar cara mengunakan software CADD seperti AutoCAD, Civil Design and Survey (CDS), Adobe Illustrator dan QGIS/ArcGIS dalam memproses lukisan atau data.

Ada jugak belajar pasal Undang-Undang Tanah dan Perancang bandar (Town Planning). Ini eleftif yang hanya di Politeknik Ungku Omar. Di Politeknik lain mempunyai elektif yang berbeza.

Bidang ni ada ditawarkan peringkat Diploma di Politeknik Seperti:

  • Politeknik Ungku Omar, Ipoh. (Politeknik Premier)
  • Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.
  • Politeknik Kuching, Sarawak.
  • Politeknik Merlimau, Melaka.
  • Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah.

Diploma ini juga ada ditawarkan di Universiti Awam seperti:

  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Untuk IPT Swasta, Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) dan Kolej Sains Geospatial & Teknologi ada jugak menawarkan Diploma Geomatik.

Untuk Ijazah Sarjana Muda pula, Ini adalah Universiti yang ada menawarkan Ijazah dalam Geomatik:

  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM) – Sarjana Muda Sains Ukur dan Geomatik (Kepujian)
  • Kolej Universiti Geomatika – Bachelor of Science (Hons) Geomatic and Land Surveying

Harap ini sedikit sebanyak memberi bayangan kepada pembaca semua bagi sesiapa ingin memohon di UPU nanti. Politeknik ada juga permohonan di UPU bagi First Intake dan politeknik (MYPOLYCC) untuk Second Intake bagi bulan Disember atau Januari setiap tahun.

Ini pulak kerja mencari batu sempadan untuk subjek Ukur kadaster (Cadastral Survey). Yang belah kiri itu Pensyarah kami bernama Encik Omar.

Tips dari saya, baik mohon diploma apa-apa bidang di Politeknik untuk kemasukan bulan Disember atau Januari sebab pada waktu tersebut, tak ramai orang yang mohon. Bagi saya, baik mohon Politeknik sebab murah yuran dia tambah seronok Pensyarah / Lecturer ajar. Dah macam Family pulak.

Sekian, Terima Kasih.

*Edit Tambahan – 19 Mac 2022 (Sabtu)

Bawah ini mengandungi Link Download Hand Book tentang Diploma Geomatik di Politeknik Ungku Omar, Ipoh.

*Edit (Isnin – 12 Jun 2023)

Saya kini bekerja sebagai Pelukis Pelan di Syarikat Juruukur Tanah Berlesen. Sebelum Pelukis Pelan, saya bekerja sebagai Pembantu Jurukur di tapak pembinaan besar.

Anda boleh bertanya apa-apa dengan komen di bawah sini terutamanya Pelajar SPM tahun 2022 yang baru dapat keputusan SPM.

30 thoughts on “Apa itu Geomatik?

  1. hi awk nk tya,maths dlm geometik ssh sgt ke sbb maths sy low sikut tpi sy minat subjek ni n add maths dia ssh ke sbb sy x de basic dlm add maths n fizik😢

    Like

    1. Pendapat saya, tak ada susah sangat sebab Lecturer akan ajar dan guide kita. Kalau ada masalah, boleh tanya lecturer. Lecturer Politeknik akan bantu kita dalam subjek macam ni. Tahu tak, batch saya hampir separuh kelas takde ambik Add math dan Fizik.

      Macam saya, tidak pernah ambik Fizik tapi pernah ambik Add Math.

      Ada Math, pengiraan dan Fizik dalam Geomatik ni, nama dia lain sikit. Subjek dia adalah:

      – Engineering Science (Ni kira subjek untuk Fizik)
      – Engineering Mathematics 1, 2 & 3 (Ni subjek dalam Matematik/Pengiraan)
      – Survey Computation (Ni pun pasal pengiraan berkaitan geomatik/ukur tanah)
      – Survey Adjustment

      Subjek seperti Cadastral Survey, Engineering Survey, Field Astronomy & Geodesy memang akan ada pengiraan.

      Kesimpulannya, bidang ni memang banyak pengiraan tapi bagi sayalah, bidang ni tak sesusah seperti Kejuruteraan Awan (Civil Engineering) yang kita perlu belajar semua. Dan tidak perlu risau sbb Politeknik akan lebih kepada Penilaian Berterusan (Carry Mark) (Quiz, Assignment , Report, Test) dalam 60% manakala Final Exam adalah dalam 40%. Kira skor betul dalam Penilaian Berterusan dan Final Exam.

      Harap ini boleh membantu.

      Terima Kasih.

      Like

  2. kalau komputer punya processor power jenis AMD Ryzen 4000 sesuai tak untuk digunakan sebab yang saya dengar adalah orocessor seperti intel i5 atau Ryzen 5 yang sesuai

    Like

    1. Rasanya dah memadai sbb dia perlu untuk support sofware seperti AutoCAD, Qgis dan lain². Kalau ada bajet, boleh upgrade RAM untuk performance lebih bagus

      Like

      1. ok faham, terima kasih senior……bidang geomatik ni banyak kerja berkumpulan atau individu serta boleh bagikan contoh tak?

        Like

  3. Boleh share subject yang kita akan belajar untuk setiap sem? maybe bagi sesiapa yg berminat dalam bidang ni boleh buat persedian sebelum masuk belajar sebab ada setengah orang perlukan masa untuk faham setiap subject.

    Like

    1. Maaf lambat reply, saya ada masukkan link download Handbook Diploma Geomatik di dalam post Apa itu Geomatik di bahagian bawah sekali.

      Harap ini membantu

      Sekian, Terima Kasih.

      Like

  4. saya ada ambik subject Kejuruteraan Awam dan Lukisan Kejuruteraan ni sekolah teknik, tapi saya tidak berminat untuk sambung dalam bidang itu sebab saya tidak minat Lukisan Kejuruteraan, saya ada baca komen yang mengatakan bidang geomatik ni ada AUTOCAD, jadi patut tak saya ambik bidang ni kalau saya tak minat Lukisan Kejuruteraan dan yang sama seangkatan dengan-nya??

    Like

    1. Yang saya boleh jamin, dia takde buat manual drawing macam Lukisan Kejuruteraan dgn Bidang Senibina (Architecture). Buat drawing banyak guna AutoCAD. Cuma bidang ni cuma kena fizikal kuat tambah tahan bawah panas.

      Like

    1. Pasaran Kerja luas juga untuk bidang ni. Banyak Cabang.

      Selalunya selepas Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Geomatik, banyak akan mohon SPA. Mohon jawatan:
      – Penolong Jurukur J29
      – Jurukur J41
      – Penolong Pegawai Tanah NT29
      Dua² jawatan ni adalah bawah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

      Penolong Pegawai Tanah pula adalah bawah Pejabat Tanah dan Galian.

      Swasta pulak selalu buka jawatan: – – Jurukur Tanah (Land Surveyor)
      – Penolong Jurukur Tanah
      – Pelukis Pelan (Drafter)
      – Penganalisis GIS (GIS Analyst)
      – Pembantu GIS Analyst
      – Jurutera GIS (GIS Engineer)

      Jurukur Tanah, Penolong Jurukur Tanah dan Pelukis Pelan banyak di jawatan di Firma Jurukur Tanah dan ‘Freelance’.

      Contoh Firma Jurukur Tanah yang saya pernah kerja adalah:
      – Jurukur Makhtar
      – Perunding Ukur Ridhwan
      – Jurukur Sulaiman

      Untuk GIS Analyst, GIS Engineer dan pembantu banyak di syarikat yang khusus dalam GIS. Contohnya nama syarikat adalah:
      – Tresdata Sdn.Bhd
      – Spatialwork Sdn.Bhd

      Harap ini dapat membantu anda.

      Terima Kasih

      Like

  5. Hi nak tanya, lepasan graduan geomatik ni nanti ade kemungkinan xdpt kerja ke?? Sbb saya dpt tawaran geomatik tengah pertimbangkan nak ambik atau tidak

    Like

    1. Hai, lepasan Graduan Diploma Geomatik selalunya akan dpt kerja selepas habis belajar. Waktu Intern pun kita boleh cuba apply kerja. Group² alumni Politeknik dan Group Surveyor banyak akan posting iklan jawatan kerja.

      Selalunya Pembantu Jurukur, Penolong Jurukur, Assistant GIS Analyst dan Pelukis Pelan

      Like

      1. Saya nak tanya,saya ambik course pure science mse sklh. Saya dpt geomatik, boleh ke saya belajar geomatik ni??

        Soalan kedua, klau leps abis diploma.. klau nak sambung degree,saya bole apply uni mne selain uitm??

        Like

  6. Saya ade 2 soalan
    1. Klau pelajar yg dlu ambik pure science bole belajar geomatik ke?
    2. Klau nak sambung degree utk geomatik, kita bole apply uni mne? Seain uitm..

    Like

    1. Salam,

      1. Pelajar Pure Science boleh belajar Geomatik kerana ada kelebihan dari segi Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan. Pelajar Kelas Sastera pun dapat ambil bidang ini kerana perlu ada subjek matematik dan sains.

      2. Kalau sambung degree untuk geomatik. Ada dua universiti awam yang menawarkan Ijazah sarjana muda geomatik iaitu:
      – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai
      – Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor dan Arau, Perlis.

      Like

  7. hii , nak tanya kalau bukan budak sains yang tak ambik fizik addmath etc tu still boleh carry on ke course ni ? i kurang yakin , tapi i minat . i lemah math but still boleh ke ? and boleh tau perempuan ramai tak dalam course geomatik ni ? cause i dapat kat puo juga , im oa too!! 😅😅

    Like

  8. hii , nak tanya kalau bukan budak sains yang tak ambik fizik addmath etc tu still boleh carry on ke course ni ? i kurang yakin , tapi i minat . i lemah math but still boleh ke ? and boleh tau perempuan ramai tak dalam course geomatik ni ? cause i dapat kat puo juga , im oa too!! lepasan spm 2022😅😅

    Like

  9. if kita nk sambung degree but xnk ambik geomatik.. ade x, course lain yg bole kita ambik?? Means dia ambik diploma geomatik,but degree nk ambik course lain??

    Like

    1. Ada course degree boleh ambil selepas Diploma Geomatik tapi tak jamin dpt atau tidak dapat pengecualian kredit. Salah satu Ijazah boleh masuk adalah:
      – Perancangan Bandar dan Wilayah
      – Pengurusan Hartanah
      – Kejuruteraan Awam
      – Ukur Bangunan

      Like

  10. saya ada dapat tawaran diploma geomatik saya perlu respon sblm 16 julai ni di upu online. saya dapat tawaran di politeknik ungku omar, ipoh. saya nak tanya, saya plan nak sambung belajar awal tahun hadapan 2024. apa pendapat awak? perlu ke saya setuju dgn tawaran itu skrg atau mohon lagi tahun dpn ?

    Like

    1. Bagi saya, sebaiknya sekarang sbb bukan senang nak dpt tawaran UPU ni. Sesi Kedua ni bagus kalau tak dpt tawaran waktu UPU. Harap ini dapat membantu anda

      Like

      1. maksudnya sesi kedua tu mcmne ? saya nak tanya, yang awak cakap bulan december bagus mohon tu mcmne pula?

        Like

      2. Selalunya permohonan Politeknik Sesi 2 akan dibuka di MypolyCC dalam Bulan 10. Kemasukan pada bulan Januari Tahun berikutnya. Boleh buka di MYPOLYCC untuk lebih info

        Like

      3. klu saya ambil course geodesi atau astronomi lapangan, senang ke utk dapatkan pekerjaan ?

        Like

      4. Salam.

        Geodesi dan Astronomi Lapangan adalah sebahagian dalam subjek di Diploma Geomatik. Diploma Geomatik in general boleh digunakan untuk mohon kerja. Perempuan kebanyakan akan mohon kerja sebagai Pelukis Pelan sementara lelaki banyak kerja di luar buat pengukuran

        Like

  11. x sangka abg ashika dh jdi sehebat ni… tahniah abg ranield atas penulisan & penerangan yg diberi… semoga dipermudahkan segala urusanmu🤲

    Like

  12. hai saya ade soalan . untuk kos geomatik ni , apa laptop yang sesuai ye nak guna ? ada specific laptop ke yang sesuai atau mana mana laptop pun okeyy je ?

    Like

Leave a comment