Pada 5 Februari 2019, saya sekeluarga pada mulanya merancang untuk pergi ke Perkahwinan Abang Sabri iaitu Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang diadakan di Sungai Petani, Kedah
Mak saya berminat untuk melawat ke Lembah Bujang. Selepas event itu, kita terus melawat ke Lembah Bujang memandangkan ia dekat dari Sungai Petani. Kami sekeluarga bersetuju dgn cadangan mak.
Kami mula perjalanan dari Ipoh pada pukul 10 Pagi dan tiba di Sungai Petani pada pukul 1 petang.
Di Majlis tersebut, kami ada berjumpa dgn Abang Sabri dan ucapkan tahniah kepada beliau. Kami juga ada bergambar sekali dgn Abang Sabri. Tahniah Abang Sabri untuk perkahwinan abang.

Adik saya bernama Randy. Suka posing lebih dia ni.

Selepas majlis perkahwinan itu, kami sekeluarga berangkat ke kawsan arkeologi di sekitar area Gunung Jerai. Terdapat banyak tapak arkeologi sampai tak teringat nama sebelum ke Lembah Bujang. Hahaha…





Selepas melawat tapak ni, kami terus ke Muzium Lembah Bujang.

Kami masuk ke dalam muzium. Kami tak dikenakan sebarang bayaran pun. Cuma kena tulis dalam buku pelawat je. Pelbagai info kami dapat tentang Sejarah Kedah Tua. Banyak artifak-artifak dan bukti sejarah yang dijumpai yang tiada dalam buku teks. Batu Bersurat pun ada dalam bahasa Parsi dan Sanskrit
Selepas melawat, kami ada singgah di gerai membeli cenderahati namun saya dan mak lebih berminat kepada buku ilmiah. Sebanyak 4 buku kami beli dengan harga yang murah.
Selepas itu kami melawat tapak candi yang dibina semula. Letih gila sbb kawasan muzium ni berbukit-bukit.
Selepas itu kami pergi ke Semeling untuk makan satay. Huhuhu…. sedap jugak. Kami balik dan tiba di Ipoh pada waktu malam.
Kesimpulannya, Saya berharap ramai org akan melawat ke Lembah Bujang sbb apa gunanya melawat Candi Borobudur dgn Angkot Wat kalau kita tak melawat tempat sejarah candi di Malaysia ni. Banyak tau kita tak tahu sejarah dalam negara kita.








































